'Le Writer Notes

Reading is piece of my life. In this blog, I will review all books that I’ve used to read. Some entries --- I copied from my main blog which is Syazana Story Glory.

Block of Wood is actually from the earliest Indo-European writings may have been carved on beech wood. Similarly, the Latin word codex, meaning a book in the modern sense (bound and with separate leaves), originally meant "block of wood". Source ---Google

So that's the origin idea for the name of this blog :)

XOXO

S

Saturday, January 31, 2015

Review | SAKA by Azwar Kamaruzaman



Source: Lejen Press


Details;


Tajuk: SAKA
Penulis: Azwar Kamaruzaman
Terbitan: Lejen Press
Harga: MYR17.00 (Harga di Kedai Buku 1 Malaysia)
Rate: 3 /5


Sinopsis;


“Kalau Tuhan tanya apa yang aku tak nak hilang di dunia mahupun akhirat, aku akan jawab, MAK! Walaupun diganti dengan primadona terbaik dunia, diberi bidadari tercantik syurga. Mak tetap menjadi insan yang aku mahu sentiasa ada. Sebab apa? Mak sanggup lawan kematian semata-mata untuk lahirkan aku. Kalau aku, belum tentu aku sanggup. Biarpun ramai yang cuba jadi Tuhan dan cakap mak aku ahli neraka!”- Leman.

“Kamu selalu bertanya, kenapa syaitan jahat? Kenapa syaitan mengganggu? Memang sudah kami berjanji dengan Tuhan kamu untuk menghasut hambaNya supaya di neraka kelak, kamulah yang akan menjadi sahabat-sahabat kami di sana. Tiada kuasa yang boleh menghalang kami. Melainkan setiap benda yang bermula dengan nama Tuhanmu!”- Seekor iblis.

“Jahat tak bermakna kau ahli neraka. Baik, belum tentu kau dijemput masuk syurga. Jangan jadi Tuhan yang bersifat manusia. Kerana Tuhan tahu itu lebih daripada kita segala-galanya. Ambil cermin, pandang diri sendiri. Tanya dalam hati, ‘Layakkah kita dapat nikmat syurga?’ sebelum kita bercakap ‘kau ni memang ahli neraka lah!”- Ustaz Syahmi. Source:- Lejen Press


Review / Komen;


Warning: Sila baca buku B.A.B.I dahulu, baru boleh baca SAKA. Kalau tak, nanti korang tak faham pula.

Mulanya aku punya expectation sangat tinggi dengan sequel dari BABI ni, Tapi jangkaan aku meleset. Bukan tak menarik, jalan cerita dah bagus tapi pengisiannya macam longgar sikit tapi bolehlah masih sedap untuk dibaca. Selain tu dalam novel kali ni lebih banyak monolog dalaman watak. Jadi kadang-kadang boleh konpius juga.

Permulaannya bermula bila orang suruhan Paul iaitu Asfam dan Rokyu nak bunuh dia. Lepas tu Asfam dan Rokyu berpakat dengan Syasya (musuh Paul) untuk balas dendam. Masa ni Paul dengan Ustaz Mawardi dah jadi babi.

Leman pula dalam dilemma dan konflik samada nak bunuh mak dan ayah nya ataupun bela sahaja binatang haram tu. Dia rasa tak adil kenapa dia diduga sampai macam tu sekali. Mujur ada ustaz Syahmi untuk membantu Leman.

Tiba-tiba muncul watak Azmi (kawan perempuan Leman) hadir kembali dalam hidup Leman. Tetapi Azmi telah berbeza perangainya. Nanti Asfam, Rokyu dan Syasya mati dibunuh dengan kejam oleh saka. Dan Leman di tahan polis dan Leman pun mengaku bersalah membunuh mereka walaupun bukan dia yang bunuh. Dalam masa yang sama Ustaz Syahmi masih mencuba merawat emak dan ayah Leman.

Selepas 100 hari emak dan ayah Leman menjadi manusia kembali dengan izin Allah dan Leman ke tali gantung diatas kesalahan membunuh dan Leman meninggalkan sepucuk surat untuk emak (Pauziah) – ayah (Ustaz Mawardi) - ustaz Syahmi  dan juga untuk semua saudara seislamnya.

Jalan cerita novel ni memang lain dari kebiasaannya kalau diperkemaskan lagi mesti tak bosan sangat sebabnya bagi aku gaya penceritaanya agak serabut sikit. Tapi thumbs up untuk pengarang kerana berani memaparkan persepsi masyarakat kita yang makin bermasalah dari segi akhlak-moral dan akidah.

Konklusinya kita setiap manusia ni ada bermacam-macam cabaran yang akan diduga. Terpulang pada masing-masing bagaimana henda mencorakkannya.


Spoiler:


Ø  Azmi sebenarnya jelmaan Saka. Dia hadir untuk memesongkan akidah Leman.
Ø  Scene Azmi (jelmaan Saka) bunuh Rokyu, Asfam dan Syasya agak berlebihan sampai aku jadi mual, nampak macam pengarang terlalu mencuba untuk mengadaptasi cerita horror dari Thai. -_-


Till then,
-XOXO-
S