'Le Writer Notes

Reading is piece of my life. In this blog, I will review all books that I’ve used to read. Some entries --- I copied from my main blog which is Syazana Story Glory.

Block of Wood is actually from the earliest Indo-European writings may have been carved on beech wood. Similarly, the Latin word codex, meaning a book in the modern sense (bound and with separate leaves), originally meant "block of wood". Source ---Google

So that's the origin idea for the name of this blog :)

XOXO

S

Showing posts with label Azwar Kamaruzaman. Show all posts
Showing posts with label Azwar Kamaruzaman. Show all posts

Saturday, January 31, 2015

Review | SAKA by Azwar Kamaruzaman



Source: Lejen Press


Details;


Tajuk: SAKA
Penulis: Azwar Kamaruzaman
Terbitan: Lejen Press
Harga: MYR17.00 (Harga di Kedai Buku 1 Malaysia)
Rate: 3 /5


Sinopsis;


“Kalau Tuhan tanya apa yang aku tak nak hilang di dunia mahupun akhirat, aku akan jawab, MAK! Walaupun diganti dengan primadona terbaik dunia, diberi bidadari tercantik syurga. Mak tetap menjadi insan yang aku mahu sentiasa ada. Sebab apa? Mak sanggup lawan kematian semata-mata untuk lahirkan aku. Kalau aku, belum tentu aku sanggup. Biarpun ramai yang cuba jadi Tuhan dan cakap mak aku ahli neraka!”- Leman.

“Kamu selalu bertanya, kenapa syaitan jahat? Kenapa syaitan mengganggu? Memang sudah kami berjanji dengan Tuhan kamu untuk menghasut hambaNya supaya di neraka kelak, kamulah yang akan menjadi sahabat-sahabat kami di sana. Tiada kuasa yang boleh menghalang kami. Melainkan setiap benda yang bermula dengan nama Tuhanmu!”- Seekor iblis.

“Jahat tak bermakna kau ahli neraka. Baik, belum tentu kau dijemput masuk syurga. Jangan jadi Tuhan yang bersifat manusia. Kerana Tuhan tahu itu lebih daripada kita segala-galanya. Ambil cermin, pandang diri sendiri. Tanya dalam hati, ‘Layakkah kita dapat nikmat syurga?’ sebelum kita bercakap ‘kau ni memang ahli neraka lah!”- Ustaz Syahmi. Source:- Lejen Press


Review / Komen;


Warning: Sila baca buku B.A.B.I dahulu, baru boleh baca SAKA. Kalau tak, nanti korang tak faham pula.

Mulanya aku punya expectation sangat tinggi dengan sequel dari BABI ni, Tapi jangkaan aku meleset. Bukan tak menarik, jalan cerita dah bagus tapi pengisiannya macam longgar sikit tapi bolehlah masih sedap untuk dibaca. Selain tu dalam novel kali ni lebih banyak monolog dalaman watak. Jadi kadang-kadang boleh konpius juga.

Permulaannya bermula bila orang suruhan Paul iaitu Asfam dan Rokyu nak bunuh dia. Lepas tu Asfam dan Rokyu berpakat dengan Syasya (musuh Paul) untuk balas dendam. Masa ni Paul dengan Ustaz Mawardi dah jadi babi.

Leman pula dalam dilemma dan konflik samada nak bunuh mak dan ayah nya ataupun bela sahaja binatang haram tu. Dia rasa tak adil kenapa dia diduga sampai macam tu sekali. Mujur ada ustaz Syahmi untuk membantu Leman.

Tiba-tiba muncul watak Azmi (kawan perempuan Leman) hadir kembali dalam hidup Leman. Tetapi Azmi telah berbeza perangainya. Nanti Asfam, Rokyu dan Syasya mati dibunuh dengan kejam oleh saka. Dan Leman di tahan polis dan Leman pun mengaku bersalah membunuh mereka walaupun bukan dia yang bunuh. Dalam masa yang sama Ustaz Syahmi masih mencuba merawat emak dan ayah Leman.

Selepas 100 hari emak dan ayah Leman menjadi manusia kembali dengan izin Allah dan Leman ke tali gantung diatas kesalahan membunuh dan Leman meninggalkan sepucuk surat untuk emak (Pauziah) – ayah (Ustaz Mawardi) - ustaz Syahmi  dan juga untuk semua saudara seislamnya.

Jalan cerita novel ni memang lain dari kebiasaannya kalau diperkemaskan lagi mesti tak bosan sangat sebabnya bagi aku gaya penceritaanya agak serabut sikit. Tapi thumbs up untuk pengarang kerana berani memaparkan persepsi masyarakat kita yang makin bermasalah dari segi akhlak-moral dan akidah.

Konklusinya kita setiap manusia ni ada bermacam-macam cabaran yang akan diduga. Terpulang pada masing-masing bagaimana henda mencorakkannya.


Spoiler:


Ø  Azmi sebenarnya jelmaan Saka. Dia hadir untuk memesongkan akidah Leman.
Ø  Scene Azmi (jelmaan Saka) bunuh Rokyu, Asfam dan Syasya agak berlebihan sampai aku jadi mual, nampak macam pengarang terlalu mencuba untuk mengadaptasi cerita horror dari Thai. -_-


Till then,
-XOXO-
S

 

Friday, June 20, 2014

Review | B.A.B.I BERCINTA DIBALIK API by Azwar Kamaruzaman

Source | Lejen Press



Details;


Tajuk: B.A.B.I BERCINTA DIBALIK API
Penulis: Azwar Kamaruzaman
Terbitan: Lejen Press
Harga: MYR17.00 (Harga di Kedai Buku 1 Malaysia)
Rate: 3.8/5


Sinopsis;

Perghh!! Bukan senang berjalan di atas muka bumi sebagai seorang anak luar nikah. Sanggup manusia-manusia yang lahir dari persetubuhan yang halal menyamakan aku dengan seekor binatang yang haram. BABI! Apakah aku yang bersalah? Sedangkan perkara itu dilakukan oleh ibu aku! Wahai masyarakat, seandainya kamu tidak menerima insan seperti aku, bagaimana kami mahu membuktikan insan seperti kami tidak mewarisi dosa keturunan kami – Leman

Ya! Sekali melihat semua mengatakan aku seperti lelaki. Sebenarnya naluri aku masih perempuan. Berkawan dengan Leman sejak kecil, membuatkan aku jatih cinta kepadanya. Dia mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Biarpun, perjalanan kehidupannya penuh dengan duri. Aku sayang dia biarpun dia disamakan dengan BABI. Tapi………… – Azmi

Cinta itu hanya dibirai katil. setelah habis aksi diranjang,maka habislah cinta itu. Aku bangga bila wanita seperti aku sering dinobatkan Lady of the Month oleh pihak kelab malam. Dosa? Kalau takut dosa kenapa ada manusia berpangkat ustaz, berjimba-jimba di kelab malam. Malah seronok dalam dakapan manusia-manusia seperti aku. – Pauziah

Source; Lejen Press
Review / Komen;


First of all, dengar tajuk je dah bikin hati cuak, memang bersemangat  sangat nak baca. Novel ni memang ada kontroversi sikit di awal terbitannya, namun setelah dibaca barulah faham mengapa tajuknya sedemikian.


“Babi ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermuncung panjang dan berhidung leper. Babi digelar haiwan yang kotor dalam al-Quran dan haram dimakan oleh umat Islam.”

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An'am Ayat 145) - source; wikipedia

Tapi, dalam konteks novel ini, babi ni ialah kata carutan/makian. Novel ini berkisarkan mengenai Leman (Sulaiman) yang merupakan seorang anak luar nikah seorang pelacur yang bernama Pauziah bersama seorang ustaz yang bernama Mawardi. Dia seringkali diejek sebagai anak haram dan juga disamakan seperti BABI.


Walaupun keluarga Leman ni agak kucar-kacir dan tiada pegangan agama ; ibunya pelacur, abang dan kakak melakukan sumbang mahram tapi dia tetap pegang pada ajaran agama Islam dan cuba memperbaiki diri.


Jalan cerita yang telah digarap agak cliché, tapi ini sebenarnya yang terjadi dalam masyarakat kita sekarang ni. Dadah - sumbang mahram - seks bebas - pelacuran - bunuh.


Bagi aku, kalau penulis kemaskan plot-plot dalam novel ini mesti lagi umph. Sebabnya terlalu banyak scene dan plot yang ingin diceritakan tapi terbatas. Ada setengah watak tiba-tiba hilang atau dihilangkan, jadi buat aku agak konfius dengan certain chapter.


Btw, jangan harapkan cerita ni happy ending, sebab endingnya akan bersambung dalam sekuelnya iaitu SAKA. Overall, aku suka buku ini, rasa berbaloi dan kau tak kan sangka seseorang yang warak dan pandai ilmu agama pun boleh terjebak sebab nafsu setan.


Konklusi, walaupun ibu bapa kita jahat atau buruk macam mana sekalipun, kita sebagai anak harus/perlu/patut menghormati dan berbakti pada mereka. Ini adalah tanggungjawab kita dan jangan sekali-kali putus asa mendoakan mereka berubah.


**Spoiler
  • Ada banyak scene jijik-geli tak hengat which is Paul ni bunuh Mama (gelaran ketua pelacur paling atas)
  • Scene Paul jumpa bomoh dan minum darah haid nya. YUCKS!
  • Di scene separa penghujungnya watak Paul dan Ustaz Mawardi bertukar menjadi babi dan Leman telah menjaga mereka dengan sebaiknya. P.s: jika anda pernah membaca atau dengar kisah Nabi Musa bertanyakan pada Allah SWT siapakah yang akan menjadi jirannya di syurga, jalan ceritanya lebih kuranglah dengan novel ini. KLIK SINI UNTUK BACA KISAH NABI MUSA.



Till then,
-xoxo-
S


Thursday, June 19, 2014

Review | NASI KANGKANG by Azwar Kamaruzaman

Source | Lejen Press



Details ;


Tajuk : Nasi Kangkang
Penulis : Azwar Kamaruzaman
Terbitan : Lejen Press
Harga : MYR 19.90 (Tapi kalau beli kat kedai buku 1 Malaysia MYR 17.90 je)
Rate: 3.9/5


Sinopsis;

“Kau sanggup jadi celaka sampaikan mati di lembah hina,”

Bukan senang aku mahu memberi hati lelaki aku ini kepada orang lain. Sekali aku bagi pada kau, dia milik kau selama-lamanya. Aku sudah berjanji pada diri aku. Wanita yang berjaya memiliki hati ini, akan aku curahkan segala-galanya pada dia. Tapi apabila aku beri pada kau, kenapa kau masih meragui cinta aku, perempuan? Tak cukupkah dengan segala pengorbanan yang telah aku lakukan? Aku sayang kau sepenuh hati aku! Sumpah aku sayang kau! Tapi kenapa kau memperdajalkan aku?- Fahmie

Susah untuk aku cakap. Erti cinta. Yang boleh saja membuat semua manusia gila. Termasuk aku. Biarpun orang selalu menganggap aku ustazah berdasarkan pakaian aku, tapi aku juga lemas dan lemah dek cinta. Aku manusia biasa, bukan maksum. Ada nafsu, yang kadang-kadang sukar dijaga. Kerana cinta juga, aku sanggup buang apa yang aku pakai. Aku sanggup membelakangi apa yang aku beriman.- Badrina.

Kalau korang jadi aku, sakit hati tak tengok jantan yang kita suka bercanda dengan betina lain? Sakit hati tak? Kalau tak, better kau cek diri kau! Aku sayang dia tapi aku pendam saja. Nak buat macam mana kan. Dah orang tak suka, buat apa nak terhegeh-hegeh lagi. Aku reda, asalkan orang yang aku sayang hidup bahagia. Biarpun kesakitan aku membuatkan dia bahagia, aku pasrah. Tapi, sekali ada orang sanggup buat barua terhadap orang yang aku sayang, kau tunggu balasan aku!!!- Jannah.

source; Lejen Press

Review / Komen ;


Ok, TBT novel ini lain dari yang lain
sebabnya I didn't expect jadi macam tu
Btw, let me begin with the author
He is Azwar or normally orang panggil dia Azwaq
Dia bekas student UiTM Merbok dan ambil course Asasi Undang-undang
Hey, I'm also stu-dying there but tak kenal pun budak Azwaq ni
Sebab saya habis dahulu baru Azwaq ni masuk. Hiks


Ok back to story, macam saya cakap tadi, saya tak expect pun jalan cerita dia macam tu. TBH, saya terpaksa ulang 2x di awal bab kerana saya susah nak hadam jalan penceritaan novel ini. Dan nama-nama yang digunakan agak menimbulkan kekeliruan seperti, Jannah a.k.a Jack, Suhaili a.k.a Su @ Li dan dia seorang LELAKI?


Agak mengelirukan kerana untuk watak Suhaili ni sekejap di panggil SU dan kadang-kadang dipanggil LI. Mungkin penulis ada penjelasannya yang tersendiri? I guess. Ok, ceritanya bermula ketika di kolej, Fahmie dan Batrina telah suka sama suka tapi merahsiakan hubungan mereka hampir 3 tahun kerana berlandaskan agama dan ingin bercinta selepas kahwin.


Batrina merupakan gadis yang mempunyai pakej lengkap untuk seorang gadis --- beliau cantik, tertib, alim, menjaga aurat dan tutur kata serta bersopan, manakala Fahmie pula seorang lelaki yang begitu cintakan Batrina.


Jack ataupun Jannah pula adalah seorang gadis yang agak bermasalah dan mempunyai rahsia peribadi yang agak tragis, namun menaruh hati pada Fahmie. Suhaili pula merupakan sahabat baik kepada Jack dan sentiasa bersama Jack dan dia ada menyimpan perasaan pada Jack. 


Ketika final semester sebelum peperiksaan, akhirnya Batrina dan Fahmie berterus terang tentang hati masing-masing dan mengambil keputusan ingin bernikah. Semuanya berjalan lancar kerana ibu bapa kedua belah pihak bersetuju.


Jack pula makan hati kerana tidak mungkin Fahmie akan memandangnya. Kisah bermula apabila Jack mengajak Fahmie bertemu untuk mengajarnya sebelum exam. Jack cuba menggoda Fahmie, namun Fahmie berjaya mengelak namun situasi mereka berdua berjaya mengundang gossip-gossip di kampus.


Batrina cuba mengawal perasaannya dan mendapatkan nasihat dari ibunya dan bermulalah rahsia keluarganya diperkisahkan. Lagi seminggu sebelum bernikah, ibunya telah membawa Batrina ke Bukit Kayu Hitam untuk 'berubat" secara traditional. Dan secara tidak sengaja Jack terserempak Batrina di station minyak dan mula menaruh prasangka pada Batrina. 


Oh ya, bagaimana Jack boleh ada di Bukit Kayu Hitam? Seperti di perenggan mengenai Jack di atas yang mengatakan dia mempunyai masalah peribadi, sebenarnya dia pernah di rogol oleh ayah kandung di hadapan ibunya dan to make it short selepas ibunya meninggal Jack telah lari dari rumah dan hidup seorang diri. Secara tiba-tiba ayahnya telah menghubunginya untuk meminjam wang. Jadi Jack telah mengajak Suhaili ke Bukit Kayu Hitam untuk mengenakan ayahnya. Jadi dari situ Jack telah terserempak dengan Batrina.


Pada malam perkahwinan Batrina dan Fahmie, Jack telah menelefon Fahmie dan memberi amaran padanya mengenai isterinya.
"Awak take note benda ni. Isteri awak yang awak 'sayang' sangat tu tak akan bersembahyang selama sebulan.......


Nak tahu apa jadi selepas itu? Apa kata dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran anda. Hihi. Overall novel ini memang menarik, sebab kita tak sangka someone yang agak warak boleh lakukan benda-benda syirik macam ni. Dan agak seram juga apabila pergi jumpa bomoh-bomoh ni, btw bukan macam bomoh terbang kat KLIA tu. HAHAHA 


So ending dia agak surprise sebab memang tak expect jadi macam tu sebab ada twist di hujung. Apa-apa pun saya suka buku ini kerana ia memberi saya satu persepsi baru mengenai manusia. Akibat bertuhankan nafsu, dendam dan cinta, manusia ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan hatinya puas. 


Till then,
XOXO
S