Source | Lejen Press
Details;
Tajuk: B.A.B.I BERCINTA
DIBALIK API
Penulis: Azwar
Kamaruzaman
Terbitan: Lejen Press
Harga: MYR17.00 (Harga di
Kedai Buku 1 Malaysia)
Rate: 3.8/5
Sinopsis;
Perghh!! Bukan senang berjalan di atas muka bumi sebagai seorang anak luar nikah. Sanggup manusia-manusia yang lahir dari persetubuhan yang halal menyamakan aku dengan seekor binatang yang haram. BABI! Apakah aku yang bersalah? Sedangkan perkara itu dilakukan oleh ibu aku! Wahai masyarakat, seandainya kamu tidak menerima insan seperti aku, bagaimana kami mahu membuktikan insan seperti kami tidak mewarisi dosa keturunan kami – LemanYa! Sekali melihat semua mengatakan aku seperti lelaki. Sebenarnya naluri aku masih perempuan. Berkawan dengan Leman sejak kecil, membuatkan aku jatih cinta kepadanya. Dia mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Biarpun, perjalanan kehidupannya penuh dengan duri. Aku sayang dia biarpun dia disamakan dengan BABI. Tapi………… – AzmiCinta itu hanya dibirai katil. setelah habis aksi diranjang,maka habislah cinta itu. Aku bangga bila wanita seperti aku sering dinobatkan Lady of the Month oleh pihak kelab malam. Dosa? Kalau takut dosa kenapa ada manusia berpangkat ustaz, berjimba-jimba di kelab malam. Malah seronok dalam dakapan manusia-manusia seperti aku. – PauziahSource; Lejen Press
Review / Komen;
First of all, dengar
tajuk je dah bikin hati cuak, memang bersemangat sangat nak baca. Novel ni memang ada
kontroversi sikit di awal terbitannya, namun setelah dibaca barulah faham
mengapa tajuknya sedemikian.
“Babi ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermuncung panjang dan berhidung leper. Babi digelar haiwan yang kotor dalam al-Quran dan haram dimakan oleh umat Islam.”Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An'am Ayat 145) - source; wikipedia
Tapi, dalam konteks novel
ini, babi ni ialah kata carutan/makian. Novel ini berkisarkan mengenai Leman
(Sulaiman) yang merupakan seorang anak luar nikah seorang pelacur yang bernama
Pauziah bersama seorang ustaz yang bernama Mawardi. Dia seringkali diejek
sebagai anak haram dan juga disamakan seperti BABI.
Walaupun keluarga Leman
ni agak kucar-kacir dan tiada pegangan agama ; ibunya pelacur, abang dan kakak
melakukan sumbang mahram tapi dia tetap pegang pada ajaran agama Islam dan cuba
memperbaiki diri.
Jalan cerita yang telah
digarap agak cliché, tapi ini sebenarnya yang terjadi dalam masyarakat kita
sekarang ni. Dadah - sumbang mahram - seks bebas - pelacuran - bunuh.
Bagi aku, kalau penulis
kemaskan plot-plot dalam novel ini mesti lagi umph. Sebabnya terlalu banyak
scene dan plot yang ingin diceritakan tapi terbatas. Ada setengah watak tiba-tiba hilang atau
dihilangkan, jadi buat aku agak konfius dengan certain chapter.
Btw, jangan harapkan
cerita ni happy ending, sebab endingnya akan bersambung dalam sekuelnya iaitu
SAKA. Overall, aku suka buku ini, rasa berbaloi dan kau tak kan sangka seseorang yang warak dan pandai
ilmu agama pun boleh terjebak sebab nafsu setan.
Konklusi, walaupun ibu
bapa kita jahat atau buruk macam mana sekalipun, kita sebagai anak
harus/perlu/patut menghormati dan berbakti pada mereka. Ini adalah
tanggungjawab kita dan jangan sekali-kali putus asa mendoakan mereka berubah.
**Spoiler
- Ada banyak scene jijik-geli tak hengat which is Paul ni bunuh Mama (gelaran ketua pelacur paling atas)
- Scene Paul jumpa bomoh dan minum darah haid nya. YUCKS!
- Di scene separa penghujungnya watak Paul dan Ustaz Mawardi bertukar menjadi babi dan Leman telah menjaga mereka dengan sebaiknya. P.s: jika anda pernah membaca atau dengar kisah Nabi Musa bertanyakan pada Allah SWT siapakah yang akan menjadi jirannya di syurga, jalan ceritanya lebih kuranglah dengan novel ini. KLIK SINI UNTUK BACA KISAH NABI MUSA.
Till then,
-xoxo-
S
No comments:
Post a Comment