'Le Writer Notes

Reading is piece of my life. In this blog, I will review all books that I’ve used to read. Some entries --- I copied from my main blog which is Syazana Story Glory.

Block of Wood is actually from the earliest Indo-European writings may have been carved on beech wood. Similarly, the Latin word codex, meaning a book in the modern sense (bound and with separate leaves), originally meant "block of wood". Source ---Google

So that's the origin idea for the name of this blog :)

XOXO

S

Thursday, June 19, 2014

Review | NASI KANGKANG by Azwar Kamaruzaman

Source | Lejen Press



Details ;


Tajuk : Nasi Kangkang
Penulis : Azwar Kamaruzaman
Terbitan : Lejen Press
Harga : MYR 19.90 (Tapi kalau beli kat kedai buku 1 Malaysia MYR 17.90 je)
Rate: 3.9/5


Sinopsis;

“Kau sanggup jadi celaka sampaikan mati di lembah hina,”

Bukan senang aku mahu memberi hati lelaki aku ini kepada orang lain. Sekali aku bagi pada kau, dia milik kau selama-lamanya. Aku sudah berjanji pada diri aku. Wanita yang berjaya memiliki hati ini, akan aku curahkan segala-galanya pada dia. Tapi apabila aku beri pada kau, kenapa kau masih meragui cinta aku, perempuan? Tak cukupkah dengan segala pengorbanan yang telah aku lakukan? Aku sayang kau sepenuh hati aku! Sumpah aku sayang kau! Tapi kenapa kau memperdajalkan aku?- Fahmie

Susah untuk aku cakap. Erti cinta. Yang boleh saja membuat semua manusia gila. Termasuk aku. Biarpun orang selalu menganggap aku ustazah berdasarkan pakaian aku, tapi aku juga lemas dan lemah dek cinta. Aku manusia biasa, bukan maksum. Ada nafsu, yang kadang-kadang sukar dijaga. Kerana cinta juga, aku sanggup buang apa yang aku pakai. Aku sanggup membelakangi apa yang aku beriman.- Badrina.

Kalau korang jadi aku, sakit hati tak tengok jantan yang kita suka bercanda dengan betina lain? Sakit hati tak? Kalau tak, better kau cek diri kau! Aku sayang dia tapi aku pendam saja. Nak buat macam mana kan. Dah orang tak suka, buat apa nak terhegeh-hegeh lagi. Aku reda, asalkan orang yang aku sayang hidup bahagia. Biarpun kesakitan aku membuatkan dia bahagia, aku pasrah. Tapi, sekali ada orang sanggup buat barua terhadap orang yang aku sayang, kau tunggu balasan aku!!!- Jannah.

source; Lejen Press

Review / Komen ;


Ok, TBT novel ini lain dari yang lain
sebabnya I didn't expect jadi macam tu
Btw, let me begin with the author
He is Azwar or normally orang panggil dia Azwaq
Dia bekas student UiTM Merbok dan ambil course Asasi Undang-undang
Hey, I'm also stu-dying there but tak kenal pun budak Azwaq ni
Sebab saya habis dahulu baru Azwaq ni masuk. Hiks


Ok back to story, macam saya cakap tadi, saya tak expect pun jalan cerita dia macam tu. TBH, saya terpaksa ulang 2x di awal bab kerana saya susah nak hadam jalan penceritaan novel ini. Dan nama-nama yang digunakan agak menimbulkan kekeliruan seperti, Jannah a.k.a Jack, Suhaili a.k.a Su @ Li dan dia seorang LELAKI?


Agak mengelirukan kerana untuk watak Suhaili ni sekejap di panggil SU dan kadang-kadang dipanggil LI. Mungkin penulis ada penjelasannya yang tersendiri? I guess. Ok, ceritanya bermula ketika di kolej, Fahmie dan Batrina telah suka sama suka tapi merahsiakan hubungan mereka hampir 3 tahun kerana berlandaskan agama dan ingin bercinta selepas kahwin.


Batrina merupakan gadis yang mempunyai pakej lengkap untuk seorang gadis --- beliau cantik, tertib, alim, menjaga aurat dan tutur kata serta bersopan, manakala Fahmie pula seorang lelaki yang begitu cintakan Batrina.


Jack ataupun Jannah pula adalah seorang gadis yang agak bermasalah dan mempunyai rahsia peribadi yang agak tragis, namun menaruh hati pada Fahmie. Suhaili pula merupakan sahabat baik kepada Jack dan sentiasa bersama Jack dan dia ada menyimpan perasaan pada Jack. 


Ketika final semester sebelum peperiksaan, akhirnya Batrina dan Fahmie berterus terang tentang hati masing-masing dan mengambil keputusan ingin bernikah. Semuanya berjalan lancar kerana ibu bapa kedua belah pihak bersetuju.


Jack pula makan hati kerana tidak mungkin Fahmie akan memandangnya. Kisah bermula apabila Jack mengajak Fahmie bertemu untuk mengajarnya sebelum exam. Jack cuba menggoda Fahmie, namun Fahmie berjaya mengelak namun situasi mereka berdua berjaya mengundang gossip-gossip di kampus.


Batrina cuba mengawal perasaannya dan mendapatkan nasihat dari ibunya dan bermulalah rahsia keluarganya diperkisahkan. Lagi seminggu sebelum bernikah, ibunya telah membawa Batrina ke Bukit Kayu Hitam untuk 'berubat" secara traditional. Dan secara tidak sengaja Jack terserempak Batrina di station minyak dan mula menaruh prasangka pada Batrina. 


Oh ya, bagaimana Jack boleh ada di Bukit Kayu Hitam? Seperti di perenggan mengenai Jack di atas yang mengatakan dia mempunyai masalah peribadi, sebenarnya dia pernah di rogol oleh ayah kandung di hadapan ibunya dan to make it short selepas ibunya meninggal Jack telah lari dari rumah dan hidup seorang diri. Secara tiba-tiba ayahnya telah menghubunginya untuk meminjam wang. Jadi Jack telah mengajak Suhaili ke Bukit Kayu Hitam untuk mengenakan ayahnya. Jadi dari situ Jack telah terserempak dengan Batrina.


Pada malam perkahwinan Batrina dan Fahmie, Jack telah menelefon Fahmie dan memberi amaran padanya mengenai isterinya.
"Awak take note benda ni. Isteri awak yang awak 'sayang' sangat tu tak akan bersembahyang selama sebulan.......


Nak tahu apa jadi selepas itu? Apa kata dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran anda. Hihi. Overall novel ini memang menarik, sebab kita tak sangka someone yang agak warak boleh lakukan benda-benda syirik macam ni. Dan agak seram juga apabila pergi jumpa bomoh-bomoh ni, btw bukan macam bomoh terbang kat KLIA tu. HAHAHA 


So ending dia agak surprise sebab memang tak expect jadi macam tu sebab ada twist di hujung. Apa-apa pun saya suka buku ini kerana ia memberi saya satu persepsi baru mengenai manusia. Akibat bertuhankan nafsu, dendam dan cinta, manusia ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan hatinya puas. 


Till then,
XOXO
S


No comments:

Post a Comment