'Le Writer Notes

Reading is piece of my life. In this blog, I will review all books that I’ve used to read. Some entries --- I copied from my main blog which is Syazana Story Glory.

Block of Wood is actually from the earliest Indo-European writings may have been carved on beech wood. Similarly, the Latin word codex, meaning a book in the modern sense (bound and with separate leaves), originally meant "block of wood". Source ---Google

So that's the origin idea for the name of this blog :)

XOXO

S

Thursday, June 19, 2014

Review | AWEK CHUCK TAYLOR by Nami Cob Nobbler


 Source | Lejen Press


Details ;

Tajuk : AWEK CHUCK TAYLOR

Penulis : NAMI COB NOBBLER

Terbitan : LEJEN PRESS

Harga : RM17.90

Rate : 4.5/5




Sinopsis ;


Mengisahkan kisah seorang mamat bernama Hafiz, yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum - serta perhubungan dengan adik beradik Mira - Aiman dan Nana - yang menjadi semakin akrab. Dan keakraban itu mencetuskan satu lagi cinta tiga segi Illuminati antara Hafiz dan adik beradik - Mira dan Nana.


Disamping cerita Awek Chuck Taylor ini berpusar kepada keluarga Mira - cerita ini juga menceritakan terfaktabnya Hafiz dengan awek yang dia stalk bernama Sheila, awek dia yang cemburu buta bernama Fadilah, awek yang gila kikis duit bernama Bella serta adik angkat yang hidup dalam pasca moden kehidupan Melayu urban influence Nona dan Cerekarama bernama Azrina. Dan cerita ini juga berceritakan tentang liku-liku kehidupan seorang mat rempit narcissist bernama Aiman serta drama di depan gerai nasi ayam. source; lejen press.
 

Review / Komen ;


Okay, before baca review ni, aku harap korang semua boleh sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Ezreen Ezmira dan Arwah Sherina Ellyana. Mereka berdua ialah watak dalam novel ACT ini. FYI, novel ACT ni based on true story -- kalau dah pernah baca mesti tahu kan, it is based on the author life story. 

So, hakikatnya watak mamat Hafiz ini adalah watak penulisnya sendiri iaitu Nami. Aku dapat rasa macam mana down nya bila kita hilang orang yang tersayang ni. Aku tak pernahlah rasa perasaan macam ini. Tapi as normal human being mesti faham perasaan tu.

Mulanya, watak Hafiz ni agak annoying bagi aku. Dia jenis yang tak boleh hidup tanpa ada gelpreng. Boleh korang bayangkan macam mana bodohnya dia boleh couple dengan perempuan psiko macam Fadilah tu. Mujur muncul Mira. 

Mira ni macam fairy-god-mother si Hafiz ni. Walaupun watak Mira ni macam kurang ajar-biadap-kasar or else, tapi ada sifat kewanitaan dia. Sifat kewanitaan dia tu bukan macam kaki shopping, make up, high heels or dibuat-buat, tapi sifat dan sikap macam mana dia sayangkan adik dia Nana. Dia sangat protective. Jangan ada sesiapa yang buli adik dia Nana.

Nana pula digambarkan seperti comel, pendiam dan lemah lembut, namun dia ada kelemahan iaitu gagap. Dia juga sayangkan kucing dan sukakan lemang. LOL 


So macam mana mereka bertiga boleh tersepit dalam cinta tiga segi bagai iluminati ni? After Hafiz temankan Mira balik dari majlis Prom kat sekolah, tetiba gelpreng dia Fadilah call and started to babbling, Mira bengang terus rampas hand-phone dan maki Fadilah tu. After that day Hadiz couple dengan Mira. 

 
Mira ni digambarkan seorang yang pandai dan banyak knowledge (she read's a lot) bukan senang-senang boleh tawan hati dia yang keras tu. So Hafiz dengan Mira ni selalu bergaduh dan keep arguing. Bukannya gaduh pasal tak boleh teman shopping blablabla tu tapi dorang gaduh pasal buku, fakta, auta. I'm so impressed with them. She is beauty with brain. Seriously. 

 
But then, in real life kita tak boleh expect everything will fine or okay. Mesti ada something will happen. Oh ya lupa pula nak cerita pasal siapa Aiman ni. Aiman ni abang kepada Mira dan Nana. At first memang pelik abang gelpreng kau kawan baik dengan kau kan. But that is Aiman and Hafiz. Hafiz lebih banyak lepak dengan Aiman berbanding lepak dengan Mira. Btw, aku rasa Aiman ni abang yang sangat cool dan kuat nganjing in the same time dia suka stalk diari adik-adik dia. :)

 
Okie, pumpangpumpang, Mira dengan family dia kena pindah ke Canada. They have to move sebab ada masalah keluarga. So Hafiz and Mira were promise that they will still love each other. Hafiz pun janji akan kumpul duit dan berjaya pergi ke sana. 

 
Well, langit tak sentiasa cerah, awan tak semestinya mendung berarak kelabu kan, hubungan Mira-Hafiz macam berantakan. Hafiz dia masih berharap Mira akan balik Malaysia tapi Mira tak nak. Mira suruh Hafiz yang pergi ke sana. So what to do? Hafiz pun break dengan Mira. --- Bagi aku dua-dua salah dan ego. Kalau Mira terus terang why she can't come back, I think Hafiz will consider it but both are too stubborn.

 
So after clash, Hafiz agak terumbang ambing, then dia couple dengan Bella. Guess what he only knew her from MySpace! LOL. Dah lah tak pernah jumpa. Like I say tadi Hafiz ni agak annoying, dia tak boleh jadi lone-ranger sekejap. Dah la Bella ni kaki kikis. My gosh! Everytime minta topap, everyday akan cakap kalau sayang sila topap RM10. Dafak! 

Btw, adik angkat Hafiz, Azrina selalu suruh Hafiz ni break-off, tapi Hafiz macam tak nak. In the same time Mira cuba couple dengan kawan Hafiz. Masa ni Hafiz couple dengan Nana pula. Mira dapat tahu dan marah.

 
So, after Nana-Hafiz couple everything seems nice tapi walaupun apa yang kita plan takdir dari Allah tu kita tak boleh nak tolak kan. Nana meninggal dunia sebab mengalami 'Allergy Choking'. Hafiz jadi lost. Nak tau endingnya silalah baca novel Awek Chuck Taylor dari Nami Cob Nobbler ini :)

 
p/s: tapi aku macam tak puas ahti mengenai watak Sheila, kenapa sikit sangat watak dia, nak juga tahu apa jadi dengan dia sekarang ni. Btw watak Sheila ni ketika Hafiz masuk lower 6 dan Sheila ni classmate dia. Hafiz ni suka bagi poem dekat Sheila secara senyap-senyap. Kiranya Anonymous lah. Heh. 


Kenapa perlu baca novel ni? Sebab novel ni lain dari novel cinta lain. Selalu novel cinta lain mesti nak happy ending je. Watak pun kenkadang tak real. Hero haruslah kacak bergaya kaya kerja hebat dan heroin sangat cantik, comel lemah lembut gemalai ayu sopan santun. Tapi dalam ACT ni lain, ia realistik, what is really happen in our society, apa yang berlaku setiap hari disekeliling kita -- watak utama macam sakai. haha. Btw, abaikan kata carutan makian dalam novel ni. HAHAHA Well normal lah tu. Macamlah tak pernah mencarut sangat. :p 


p/s: new update, FYI novel ACT ni telah dibawa ke pentas teater. Tahniah buat Nami dan Penerbit buku ini. Thumbs up guys! 


Till then,
-xoxo-
S

1 comment:

  1. Salam.

    Selain daripada cerita cinta individual kesemua watak-watak tu (yang dianggap sebagai berbentuk biografi) - Ada atau tidak disulamkan dengan penceritaan latar politik, ekonomi dan sosial masa ia berlangsung?

    ReplyDelete