'Le Writer Notes

Reading is piece of my life. In this blog, I will review all books that I’ve used to read. Some entries --- I copied from my main blog which is Syazana Story Glory.

Block of Wood is actually from the earliest Indo-European writings may have been carved on beech wood. Similarly, the Latin word codex, meaning a book in the modern sense (bound and with separate leaves), originally meant "block of wood". Source ---Google

So that's the origin idea for the name of this blog :)

XOXO

S

Thursday, June 19, 2014

Review | DAN HATI PUN BERKATA by Nurriez

Source | KaryaSeni



Details ; 




Tajuk : DAN HATI PUN BERKATA

Penulis : Nurriez

Terbitan : KaryaSeni

Harga : RM18.00 (kalau ada kad ahli kedai buku popular boleh dapat diskaun 10%.)

Rate : 3/5 




Sinopsis ;
ADIRRA - Kedegilannya bersebab. Kasih sayangnya sudah dirampas. Jadi jangan salahkan dia kalau dia tidak percaya kepada sesiapa, tetapi dengan Rashdan, kedegilannya mula cair.

"Abang ni, Irra cakap betul-betul, abang main-main pulak."

"Abang pun bukan main-main. Ada Irra nampak abang main-main? Abang cakap benda yang betul. Tiada siapapun yang boleh pisahkan abang daripada Irra kecuali kuasa TUHAN. Dan Irra pun jangan harap dapat lari daripada abang selepas ni."

"Kalau Irra lari jugak?"

"Sampai lubang cacing abang cari Irra!"

"Irra tak nak masuk lubang cacing!"
"Hisy! Dia pulak yang main-mainkan abang,"





RASHDAN - Dia tidak pernah jatuh cinta. Tetapi sekali dia jatuh cinta, dia sudah jadi orang lain.

"Jadi Irra sudi menjadi kekasih abang"

"Sudi, tapi bersyarat."

"Eh, tadi kata dah lama sayangkan abang, kenapa tiba-tiba nak kenakan syarat pulak?"

"Yang lama tu sebab Irra seorang saja yang sayang abang, yang baru ni abang pun sayangkan Irra, jadi Irra kenalah letak syarat sikit."

"Hmm, begitu rupanya. Baik, apa syaratnya?"

"Irra nak abang jadi manusia biasa saja."

"Habis selama ni, abang manusia yang luar biasa?"

Kerana cinta mereka memiliki hati masing-masing...

source; karyaseni.com




Review / Komen ;



Bagi aku novel ni jalan ceritanya agak comel-comel sikit. Tentang seorang budak yang rasa kasih sayang ayahnya akan hilang kalau ayah dia kahwin dengan orang lain. Dia memberontak apabila ayahnya jadi kahwin. So bermulalah episod duka. Sebenarnya mak tiri dia baik, tapi sebab hatinya keras dan degil dia mula buat macam-macam perangai sehinggalah dia melarikan diri dari rumah. Lepas tu macam biasalah, mesti jumpa seorang lelaki @ hero.. walaupun mereka berdua usia jauh berbeza, tapi disebabkan sikap lelaki tu sangat mengambil berat akhirnya hatinya pun cair.



Dalam cerita ni ada banyak konflik juga, iaitu kakak tiri (anak mak tiri Adirra) ni memang pendengki dan agak psiko. Dia sanggup buat macam-macam untuk menyalahkan si Adirra ni. At first watak Adirra ni di gambarkan sebagai seorang budak yang agak manja, degil, kurang ajar dan juga biadap dengan mak tiri dia, dan aku agak menyampah dengan karakter Adirra ni. Sikapnya agak suka mengawal orang yang dia sayang.

Tapi di tengah-tengah baru watak Adirra ni dah berubah menjadi gadis yang lebih lembut dan mendengar kata. Well, people changed and get matured kan? Watak Rashdan juga menarik, beliau digambarkan seperti lelaki yang berusia 30-an, matang, bekerjaya kukuh, loaded, tapi jiwanya kosong waktu awal penceritaan namun bila dia bertemu Adirra dia dapat rasakan gadis ini adalah soul-mate dia. Well kinda cliché sikit. So nak tahu ending belilah novel ni :)



Till then,

xoxo

S


No comments:

Post a Comment