Source: Lejen Press
Details;
Tajuk: SAKA
Penulis: Azwar Kamaruzaman
Terbitan: Lejen Press
Harga: MYR17.00 (Harga di Kedai Buku
1 Malaysia)
Rate: 3 /5
Sinopsis;
“Kalau
Tuhan tanya apa yang aku tak nak hilang di dunia mahupun akhirat, aku akan
jawab, MAK! Walaupun diganti dengan primadona terbaik dunia, diberi bidadari
tercantik syurga. Mak tetap menjadi insan yang aku mahu sentiasa ada. Sebab
apa? Mak sanggup lawan kematian semata-mata untuk lahirkan aku. Kalau aku,
belum tentu aku sanggup. Biarpun ramai yang cuba jadi Tuhan dan cakap mak aku
ahli neraka!”- Leman.
“Kamu selalu bertanya, kenapa syaitan jahat? Kenapa syaitan mengganggu? Memang sudah kami berjanji dengan Tuhan kamu untuk menghasut hambaNya supaya di neraka kelak, kamulah yang akan menjadi sahabat-sahabat kami di sana. Tiada kuasa yang boleh menghalang kami. Melainkan setiap benda yang bermula dengan nama Tuhanmu!”- Seekor iblis.
“Jahat tak bermakna kau ahli neraka. Baik, belum tentu kau dijemput masuk syurga. Jangan jadi Tuhan yang bersifat manusia. Kerana Tuhan tahu itu lebih daripada kita segala-galanya. Ambil cermin, pandang diri sendiri. Tanya dalam hati, ‘Layakkah kita dapat nikmat syurga?’ sebelum kita bercakap ‘kau ni memang ahli neraka lah!”- Ustaz Syahmi. Source:- Lejen Press

Review / Komen;
Warning: Sila baca buku B.A.B.I dahulu, baru boleh baca
SAKA. Kalau tak, nanti korang tak faham pula.
Mulanya aku punya expectation sangat
tinggi dengan sequel dari BABI ni, Tapi jangkaan aku meleset. Bukan tak
menarik, jalan cerita dah bagus tapi pengisiannya macam longgar sikit tapi bolehlah
masih sedap untuk dibaca. Selain tu dalam novel kali ni lebih banyak monolog
dalaman watak. Jadi kadang-kadang boleh konpius juga.
Permulaannya bermula bila orang
suruhan Paul iaitu Asfam dan Rokyu nak bunuh dia. Lepas tu Asfam dan Rokyu
berpakat dengan Syasya (musuh Paul) untuk balas dendam. Masa ni Paul dengan
Ustaz Mawardi dah jadi babi.
Leman pula dalam dilemma dan konflik samada
nak bunuh mak dan ayah nya ataupun bela sahaja binatang haram tu. Dia rasa tak
adil kenapa dia diduga sampai macam tu sekali. Mujur ada ustaz Syahmi untuk
membantu Leman.
Tiba-tiba muncul watak Azmi (kawan
perempuan Leman) hadir kembali dalam hidup Leman. Tetapi Azmi telah berbeza
perangainya. Nanti Asfam, Rokyu dan Syasya mati dibunuh dengan kejam oleh saka.
Dan Leman di tahan polis dan Leman pun mengaku bersalah membunuh mereka
walaupun bukan dia yang bunuh. Dalam masa yang sama Ustaz Syahmi masih mencuba
merawat emak dan ayah Leman.
Selepas 100 hari emak dan ayah Leman
menjadi manusia kembali dengan izin Allah dan Leman ke tali gantung diatas
kesalahan membunuh dan Leman meninggalkan sepucuk surat untuk emak (Pauziah) – ayah
(Ustaz Mawardi) - ustaz Syahmi dan juga
untuk semua saudara seislamnya.
Jalan cerita novel ni memang lain
dari kebiasaannya kalau diperkemaskan lagi mesti tak bosan sangat sebabnya bagi
aku gaya penceritaanya agak serabut sikit. Tapi thumbs up untuk pengarang
kerana berani memaparkan persepsi masyarakat kita yang makin bermasalah dari
segi akhlak-moral dan akidah.
Konklusinya kita setiap manusia ni ada
bermacam-macam cabaran yang akan diduga. Terpulang pada masing-masing bagaimana
henda mencorakkannya.
Spoiler:
Ø
Azmi
sebenarnya jelmaan Saka. Dia hadir untuk memesongkan akidah Leman.
Ø
Scene
Azmi (jelmaan Saka) bunuh Rokyu, Asfam dan Syasya agak berlebihan sampai aku
jadi mual, nampak macam pengarang terlalu mencuba untuk mengadaptasi cerita
horror dari Thai. -_-
Till then,
-XOXO-
S