'Le Writer Notes

Reading is piece of my life. In this blog, I will review all books that I’ve used to read. Some entries --- I copied from my main blog which is Syazana Story Glory.

Block of Wood is actually from the earliest Indo-European writings may have been carved on beech wood. Similarly, the Latin word codex, meaning a book in the modern sense (bound and with separate leaves), originally meant "block of wood". Source ---Google

So that's the origin idea for the name of this blog :)

XOXO

S

Thursday, June 19, 2014

Review | CINTA AKAN INDAH by Rini Syanira




Source; Alaf21



Details ;





Tajuk : CINTA AKAN INDAH

Penulis : Rini Syanira

Terbitan : Alaf 21 @ grupbuku karangkraf

Harga : RM19.90 kalau ada kad ahli kedai buku popular boleh dapat diskaun 10%)

Rate : 2.9/5





Sinopsis :


Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina. 


Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya. 


Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina. 




Review / Komen, ;





Bagi aku novel ni agak berat dan bosan sikit sebab terlalu banyak sangat watak dan aku agak pening nak memahami jalan cerita ni. Aku terpaksa mengulang 2 kali intro untuk memahami jalan cerita ni. Cerita ni agak bosan di pertengahan sebab terlalu banyak konflik dalaman watak utama ni. Dan aku bertambah sakit hati dengan watak utama ni sebab dia terlalu selfish dan membuatkan si hero tu tak abis-abis merayu nak kan dia. Watak hero pun aku tak berapa suka, sebabnya terlalu suka membuat keputusan tanpa berbincang dan suka berlagak macam diktator.





Truth be told, for me this novel ni, just boleh di baca untuk menghilangkan rasa bosan sebab takde banyak isu yang menarik pun. Tambahan pula, ada plot tergantung. Tiba-tiba si heroin tu boleh bukak kedai roti, sedangkan di awal cerita digambarkan heroin ni hidup agak susah dan tak mungkin dia meminta tolong dari abang kandungnya yang dah terpisah lama tu.





Ntahlah, tapi novel ni benar-benar kosong dan tidak sampai ke jiwa sangat. Mungkin aku ada sedikit sebanyak terlepas pandang tentang certain plot tu, mungkin penulis ada alasannya yang tersendiri kan. Kepada penulis novel  harap janganlah terasa hati dengan ulasan ni.  Saya harap penulis ni dapat menghasilkan karya lain dengan lebih baik lagi :)


Till then,
-xoxo-
S





No comments:

Post a Comment