'Le Writer Notes

Reading is piece of my life. In this blog, I will review all books that I’ve used to read. Some entries --- I copied from my main blog which is Syazana Story Glory.

Block of Wood is actually from the earliest Indo-European writings may have been carved on beech wood. Similarly, the Latin word codex, meaning a book in the modern sense (bound and with separate leaves), originally meant "block of wood". Source ---Google

So that's the origin idea for the name of this blog :)

XOXO

S

Showing posts with label Karangkraf. Show all posts
Showing posts with label Karangkraf. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

Review | AKAN KU TUNGGU by Sania Yasmin



Source | Alaf 21

Details ; 


Tajuk : AKAN KU TUNGGU

Penulis : Sania Yasmin

Terbitan : Alaf 21 @ grupbuku karangkraf

Harga : RM19.90 (kalau ada kad ahli kedai buku popular boleh dapat diskaun 10%.)

Rate : 3/5 


Sinopsis ;


AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan. source; alaf21.com




Review / Komen ;





Bagi aku semua novel melayu sama je, mesti hero tu kaya atau miskin dan begitu juga sebaliknya bagi heroin. Lepas tu kahwin, tapi macam tak kahwin..haha Btw, novel ni boleh dikatakan baik jugalah. Tak berapa nak suspen, lepas tu senang nak jangka whats going next. Trust me.





Cerita ni juga menekankan isu suami yang agak pelik perangainya, beliau sangat sayangkan isterinya, tapi in the same time dia ada hubungan terlarang dengan ex-girlfren dia. kat sini, dah berjaya menimbulkan tanda tanya why he behave like that. So di hujung-hujung cerita baru dapat tahu rupanya ex-girl si suami ni rupanya dah ugut si suami. Kat dalam novel ni juga menceritakan kehidupan sosial masyarakat zaman sekarang ni dah makin songsang. 





Dalam novel ni juga menceritakan si isteri menjadi mangsa keadaan. Di paksa kahwin, lepas tu di awal perkahwinan tu bahagia, lepas tu di landa angin taufan. Adakah si isteri dapat mencapai kebahagian yang dicari? Nak tau dengan lebih lanjut, pi la beli novel ni. :)


Till then,
xoxo
S



Review | CINTA AKAN INDAH by Rini Syanira




Source; Alaf21



Details ;





Tajuk : CINTA AKAN INDAH

Penulis : Rini Syanira

Terbitan : Alaf 21 @ grupbuku karangkraf

Harga : RM19.90 kalau ada kad ahli kedai buku popular boleh dapat diskaun 10%)

Rate : 2.9/5





Sinopsis :


Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina. 


Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya. 


Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina. 




Review / Komen, ;





Bagi aku novel ni agak berat dan bosan sikit sebab terlalu banyak sangat watak dan aku agak pening nak memahami jalan cerita ni. Aku terpaksa mengulang 2 kali intro untuk memahami jalan cerita ni. Cerita ni agak bosan di pertengahan sebab terlalu banyak konflik dalaman watak utama ni. Dan aku bertambah sakit hati dengan watak utama ni sebab dia terlalu selfish dan membuatkan si hero tu tak abis-abis merayu nak kan dia. Watak hero pun aku tak berapa suka, sebabnya terlalu suka membuat keputusan tanpa berbincang dan suka berlagak macam diktator.





Truth be told, for me this novel ni, just boleh di baca untuk menghilangkan rasa bosan sebab takde banyak isu yang menarik pun. Tambahan pula, ada plot tergantung. Tiba-tiba si heroin tu boleh bukak kedai roti, sedangkan di awal cerita digambarkan heroin ni hidup agak susah dan tak mungkin dia meminta tolong dari abang kandungnya yang dah terpisah lama tu.





Ntahlah, tapi novel ni benar-benar kosong dan tidak sampai ke jiwa sangat. Mungkin aku ada sedikit sebanyak terlepas pandang tentang certain plot tu, mungkin penulis ada alasannya yang tersendiri kan. Kepada penulis novel  harap janganlah terasa hati dengan ulasan ni.  Saya harap penulis ni dapat menghasilkan karya lain dengan lebih baik lagi :)


Till then,
-xoxo-
S