Source | Buku Fixi
Details;
Tajuk: PARANORMAL
Penulis: Hani Suraya
(Cerita Asal; Adib Zaini)
Terbitan: Fixi
Harga: MYR18.90 (Harga di
MPH)
Rate: 3.9/5
Sinopsis;
Anda ada masalah misteri yang ingin diselesaikan? IDBW Investigations sedia membantu (kalau anda sedia membayar).Syarikat kecil ini mengambil upah menyiasat kes-kes PARANORMAL.Mereka diketuai Norin, ahli sihir amatur yang agak flirty. Jimmy yang hidupnya terumbang-ambing mahir dengan ilmu shaman puak Navajo. Fairuz pakar sejarah paranormal yang juga merupakan ‘muscle’ kumpulan. Mahmud werewolf yang periang. Manakala Suzana boleh membaca fikiran orang. Mereka turut dibantu Nora, seorang yang obses dengan kimia.Suatu hari, mereka didatangi Hakim yang ingin mereka menyiasat percubaan bunuh anaknya Maliki yang berumur 3 tahun. Namun apa yang mereka tidak tahu adalah mereka bakal terjebak dalam suatu konspirasi besar. Persahabatan mereka yang kuat juga bakal bergoncang! Source; Buku Fixi
Review / Komen;
Waktu
mula-mula pegang buku ni, memang rasa tertarik dengan cover bukunya, memang gempak. Macam
buku thrill-seram tapi ala-ala twilight macam tu.
Tapi yang peliknya
tentang cover ni, (apa yang aku rasa) ada 6 orang yang mungkin adalah pekerja
IDBW – sebab ada werewolf, but then yang pelik tu mengapa di covernya ada 4
lelaki dan 2 perempuan? Or maybe Nora tak tersenarai dalam geng ni ke kan. I don’t know, just
curious. Yeah, aku memang suka over-thinking.
Cerita bermula bila Hakim
bertemu kumpulan ini untuk siasat kesnya. Aku memang excited nak tahu siapa
yang cuba
bunuh anak si Hakim ni. Dan tiba-tiba muncul watak Ridwan dewasa dari masa
depan yang nak bunuh Maliki kecil (Ridwan ni anak Hakim).
If plot ini dikembangkan
dengan lebih terperinci mesti lagi umphh, sebabnya rasa macam sia-sia je selama
ni team IDBW ni siasat kes tu sebabnya mengapa Ridwan nak bunuh Maliki tu macam
tergantung. Ntah mungkin ada terskip ke apa, tapi rasanya aku takde tinggal
walaupun sehelai. Sebenarnya part Ridwan-Maliki ni memang telah menimbulkan
pelbagai persoalan.
Lepas tu function Nora
sebagai orang yang obsess dengan kimia macam melepaskan batuk di tangga je. Bila
sebut pasal obsess, you know how to imagine macam mana orang tu obsess kan, tapi Nora ni sample
darah pun tak boleh cek. Yeah, I know ahli biologi or doctor je ‘reti’ nak cek
but cuba tengok ahli kimia yang obsess tu mesti sampai sudah dia akan usaha nak
tahu benda tu apa. So Nora ni macam takde effort. Setakat tahu nak cemburu,
mengada-ngada dengan Fairus adalah.
Aku cuma suka chapter
Mahmud je seorang werewolf. Waktu dia lawan dengan el chupacabra dengan norin
tu aku rasa excited. Siap boleh imagine Mahmud ni macam Taylor Lautner (werewolf
dalam Twilight). Part dia lawan dengan jembalang air pun rasa cool.
Btw, buku ni tentang Hakim
bagi team IDBW misi nak cari siapa yang nak bunuh Maliki, but then finale nya
lebih focus kepada pencarian Mahmud yang kena culik dengan Damien si owner
pusat fighting monster judi haram.
Part Suzana pun aku rasa
tak sampai. Dalam buku ini digambarkan suzana boleh baca fikiran orang, but
Suzana takde tunjuk pun kuasanya, just waktu hujung je baru nak tunjuk power
dia tu pun rasa macam kurang sampai. Yang watak lain-lain tu macam Norin, Jimmy,
Fairuz, Sid dan Moses ni biasa-biasa sahaja.
Tapi yang bagusnya buku
ni, bila penulis elaborate watak-watak dalam cerita ni secara flashback. So at
least boleh tahu la siapa mereka ni. Then at least dapat juga info sikit pasal monster ni. Sanggup aku google nak bayangkan rupa el chupacabra tu. LOL
**Spoiler
- Nanti Damien (penculik Mahmud) mati, jembalang air tu bunuh dia, rasa cool juga part ni. Dapat rasa yang jembalang air betul-betul dendam giler dengan Damien.
- Mahmud jadi werewolf sebab kena gigit denga girlfriend dia. Scene ni flashback.
Overall dan konklusinya,
jalan ceritanya menarik dan tak cliché, cuma plotnya kena lebih kemas dan scene
cinta tu ada setengah tu tak payah cerita pun takpe sebab macam tak penting. Aku
suka cerita misteri-penyiasatan macam ni. Walaupun banyak “lubang” kemasan
watak Mahmud memang menjadi.
Memang harap sangat
penulis dapat buat sambungan novel ini. Mungkin di bahgian 2 nanti segala
persoalan aku bakal terjawab dan di jawab ke kan. Well untuk penulis, good luck, keep
writing good pieces. :)
Till then,
-xoxo-
S